Ahmad Sidry Hussin
Ahmad Sidry Hussin adalah seorang usahawan tegar yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Bekas penuntut Universiti Al-Azhar, Mesir ini
telah mencuba pelbagai jenis perniagaan samada di dunia offline mahupun online. Beliau merupakan peneraju utama kepada Sinar Inpirasi Niaga
Sdn. Bhd. dan menjawat jawatan CEO. Sangat aktif untuk berkongsi dan memotivasikan rakan-rakannya di Facebook. Prinsip hidup beliau adalah
"Jangan terlalu merancang sebelum membuat keputusan".
Sidry @ Facebook
Azhar Abdullah
Azhar Abdullah merupakan adik ketiga dari 13 adik beradik. Anak jati Kelantan yang berkelulusan Universiti Malaya ini mula menceburi bidang
perniagaan setelah tamat pengajian beliau. Beliau merupakan pengurus produk Baju Muslimah dan juga menguruskan kawalan pekerja dan kedai.
Merupakan satu-satunya peneraju Sinar Inpirasi yang masih belum berkahwin.
Prinsip hidup beliau ringkas tetapi tidak ramai yang mampu melakukannya -
"Jangan mudah berputus asa".
Azhar @ Facebook